SOALAN LAZIM

Kami ingin membantu pelajar-pelajar yang sedang belajar di Maahad Tahfiz (terutama yang tidak mengambil akademik seperti SPM) untuk mendapatkan kemahiran terutamanya kemahiran TVET. Kumpulan pelajar ini (di luar sistem Pendidikan formal) agak ramai, dan akhirnya mereka akan menamatkan pengajian mereka dan menyertai semula masyarakat. Melalui kemahiran mereka mempunyai nilai tambah (added value) kepada program tahfiz mereka. Oleh itu kami ingin memfokuskan kepada pelajar di tahun akhir pengajian mereka yang berumur minima 16 tahun. Walau bagaimanapun, jika program kemahiran dilaksanakan di dalam Maahad Tahfiz, pelajar berumur kurang dari 16 tahun boleh menyertainya. Melalui kemahiran juga, Maahad Tahfiz boleh menjana pendapatan melalui projek-projek keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar-pelajarnya.

TIDAK. Perkhidmatan yang kami tawarkan juga termasuk golongan ini. Melalui rangkaian industri kami, kami juga membantu graduan Maahad Tahfiz mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang TVET dari semasa ke semasa.

Realitinya laluan dalam bidang agama adalah terhad, sedangkan peluang kerjaya dalam kemahiran TVET adalah besar. Ini dibuktikan oleh statistik yang boleh dirujuk dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Pelajar dan graduan Maahad Tahfiz yang ramai adalah merupakan potensi besar untuk menyumbang dalam kerangka pembangunan modal insan negara, termasuk pembangunan modal insan berkemahiran TVET. Mereka yang telah keluar dari Maahad akhirnya akan menyumbang dalam bidang berkaitan keagamaan dan juga bidang-bidang lain yang lebih besar lagi. Lagipun huffaz yang berkemahiran akan lebih dipandang tinggi dalam masyarakat.

Kami menyokong dan membantu merealisasikan DPTN. Teras 3 (Mewujudkan Kurikulum Pendidikan Tahfiz Yang Sesuai Dengan Pendidikan Arus Perdana) dengan jelas menyatakan keperluan kemahiran teknikal dan industri. Strategi 4 dalam teras ini secara spesifik mensyorkan supaya ditawarkan kursus-kursus kemahiran kepada murid tahfiz.

Setiap ILKA mempunyai kaedah penilaian dan bentuk pensijilan mereka sendiri, sama ada program jangka pendek atau jangka panjang. Ada ILKA, ILKS dan industri (SLDN) menggunakan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk program jangka panjang (melebihi 2 tahun).

YA. Kami telah menjalin hubungan dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-QURAN), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS), dan terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan persatuan di negeri-negeri lain. Melalui kerjasama ini kami boleh menyalurkan informasi latihan, peluang kerja kepada Maahad Tahfiz, dan lain-lain bentuk kerjasama untuk membantu pelajr-pelajar tahfiz.

Aktivis kami menjadi penggerak kepada Penggerak Huffaz, yang terdiri dari bekas-bekas pengurus dan tenaga pengajar organisasi TVET dari sektor awam dan juga swasta. Oleh itu kami mempunyai kemahiran dan kepakaran berkaitan ekosistem TVET untuk membantu Maahad Tahfiz.